Wednesday, 20 November 2013

Hampir dah..

Slalu aku buat dua post klau skali buka blog ni kan..
ok berbaki lagi 8 paper Sijil Pelajaran Malaysia yg akan aku hadap..iaitu Admath(esok), Science(Isnin), Ekonomi(Isnin depan) dan yg terakhir..4 hb 12 2013..Agriculture Science ataupun Sains Pertanian(rabu depan) dalam masa 2 mnggu lagi habislah exam sekolah yg terakhir..
Sapa2 lah yg baca blog ni..doakan aku dpt result yg baik..nk harapkan A aku bukan bdk pndai..
ala-ala kadar ckup lah utk melayakkan aku amik kos apa yg aku nak kt IPT nnti..
jumpa lgi assalamualaikum..

No More MISTAKE..

Assalamualaikum..
beberapa hari stop kejap..aku smbung lgi..
hmm slama ni aku dah serik dngan hdup yg agak ##$%^ dulu..skrang aku nk berubah..demi mak..ayah..family dan dia yg aku sayang sngat..aku xnk jadi budak lelaki..aku nk jadi LELAKI..dewasa dan matang. Terlalu banyak kesalahan besar yg aku buat secara x sengaja dulu..klau nk buat list panjangnya maybe London ke Paris..
So dari skrang aku nk bertaubat dan xkan ada lagi ruang utk kesalahan yg sama..
apa yg aku mksudkan ialah kesalahan di rumah, skolah..hubungan..kwn2..dan mcm2 lagi..
dulu prnah terfikir nk brubah tapi agak2nya hidayah x sampai lgi..
kali ni aku rasa mcm dh berat sngat..hmm..
nanti la aku smbung..bye..

Saturday, 16 November 2013

Noor Faizah Bt Razali

Sblom aku pi utk seketika..aku sertakan gmbar dia kt bwah..
org baru dlm hdup aku..syg dan cinta hanya utk dia..biar dia x cantik di mata korang..tapi cantik di mata dan hati aku...x kisah org nk kata apa..ok..bye :)


Lama x buka..

Assalamualaikum..
amboi...lamanya aku brenti blogging kjap..sbb Exam SPM dah mula 4 Nov hari tu..smua paper stakat ni alhmdulillah..kcuali paper Akaun Kertas 2..agak sewel disitu jadinya..tapi kertas satu terlalu banyak membantu aku..terima kasih..baru balance kan..
ok so berbaki dlm 14-15 paper mcm tu lah sblom tamatnya exam terakhir aku sbgai bdk skola menengah kebangsaan..aku akan jdi lelaki dewasa dan tanggungjawab bakal bermula..
sepanjang aku stop kejap typing ni bnyak perkara yg berlaku..sedih...gembira..mcm2..
yg part sedih aku xnak ceritakan sbb benda dh berlalu dan x prlu lagi nk diungkit..klau nk tau clue..tngok post yg terakhir sblom post ni..tu ja boleh aku bgitau..
yg perkara gembira brlaku ialah MAK AKU PREGNANT..dengan x dsangka sangka..aku mula2 xley terima kenyataan ni..sbb aku dah 17 dan aku xnk ada adik kecik..bayangkan nnti aku dah kawin..adik baru aku tu baru skola rendah...WTF is all this..tapi sminggu dua lpas tu aku dah boleh mula trima knyataan sbb bila aku tnya mak aku knapa buat adik baru..tetiba ayah mencelah ''hang ada bini nanti tengok saja, jangan sentuh''...dari situ aku sentap sdikit..ada btoinya..haha...gila baq ang klau x sentuh bini...xley duduk beb..
ok yg kedua..slepas tragedi 3 oktober..10 hari kemudian..aku jmpa someone yg dah replace tempat di hati aku..Noor Faizah Bt Razali..asal dari Pulau Pinang dan student di SMK Munsyi Abdullah. klau nk dceritakan bgaimana pertemuan kami memang panjang dan lawak..so stakat ni aku dngan dia Alhmdulillah dan target aku kali ni...seriously aku xkan main2 dan lukakan prasaan dia...smoga Allah SWT temukann aku dngan dia suatu hari nnti..Amin Ya Rabbal A'lamin..
ok lah...ada masa nnti aku sambung lagi..doakan aku utk exam esok iatu Matematik Kertas 1 dan 2..
smoga Allah mempermudahkan urusanku..Aminn..

Assalamualaikum..

Sunday, 8 September 2013

Tak lambat dah..

Cuma kurang 7 minggu lagi aku akan menghadapi peperangan terakhir yg paling besar dalam hidup..iaitu SPM..huh...cepat sungguh kan masa berlalu..tak sangka aku dah besar dan tua...dan semakin hampir dengan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang lelaki dewasa..

Friday, 6 September 2013

We pay before being pay..

Memang wajib utk yg nk bekerja di Offshore perlu mengikut latihan MIS-BOSIET, HUET, dan maybe course2 lain.
Dan course2 ni memerlukan amaun yg agak bnyak, sampai beribu, baru dibenarkan naik heli dan pelantar minyak.
Tapi pasal ni aku x kisah, memang la mula2 mcm ni, mcm masa jadi student gak, kluar duit beribu start dari tadika sampai tingkatan 5.
Dan bila masuk alam IPT, berbelas ribu nk kena keluar. Jadi x pening sangat nk fikir pasal ni..nak cari duit kena guna duit jugak lah...
habis SPM kerja oh kerja la jawabnya :)

In this cyber world..

Pasaipa tajuk aku mcm tu? kali ni aku loghat sket nohh..
Minat aku sebahagian besaqnya ialah bidang IT, dalam sehari cuti, hampir 20 jam muka aku depan laptop kecik ni.
Mencari pelbagai info di internet, menyelesaikan masalah berkaitan Windows, dan sebagainya pasal sebuah komputer.
Rosak tang tu, aku cari cara nk repair, rosak tang ni, aku cari 'How To...' kt google. So dunia aku ni sebahagian dari Internet dan Komputer.
Sehari x hadap benda alah ni aku x boleh dduk. Mesti nk bukak jgak browser 3 kaler nihh..klau pandai cuba teka browser apa aku pakai..
Mak hang lari tajuk jauhnya..hahah

bila bercakap pasal kerja haram melibatkan IT ni..banyak sungguh.
Contohnya pirating, hacking, phising, dan mcm2 lah..
dan bidang utama aku skrang (cewah) ialah hacking..aku hack menatang apa?
Wifi jiran lah mangsa aku, password depa aku tibai, dan jual kt jiran2 lain yg xdk internet..dengan cas RM100+ ikut jarak dari rumah aku, lagi jauh lagi naik harga.
awad mahai sngat? ya la sbb hampa boleh guna internet sampai mampoih x kena bayaq..hahaha..
Dan aku rasa kerja aku ni salah satu daripada kerja haram..tapi...

Urm..sampai sini ja kot..bye2

Monday, 2 September 2013

Planning after SPM

Habis SPM nanti, apa nk buat? dduk rumah tengok Nicklodeon? Disney Channel? muahahaha,,
KERJA...perkara ni sering meronda di dalam kepala hotak berjambul aku ni. Aku x kisah kerja apa yg aku dapat
nanti, asalkan kerja. Hujung bulan mesti senyum. Sebab apa kalut sngat fikir pasal kerja padahal x habis SPM lagi?
Sebabnya pelbagai perancangan yg telah aku janjikan kepada org yg aku sayang. Itu rahsia, hehehe..

Mainan kesayangan gua :D


Pengalaman Kerja

WTF!!
setelah menghabiskan beberapa jam searching for oil and gas jobs on the internet, Mostly kerja yg aku jumpa memerlukan pengalaman kerja yg 5-10 tahun.
Mana nak cari doe pengalaman kerja kalau freshie2..nak ke pengalaman kerja KFC? jual burger tepi jalan? pelayan kedai makan?
Kadang2 benda ni x masuk akal, tapi ada benarnya, sape yg nk amik org yg x tau apa2 utk bkerja walaupun ada PhD skalipun..?
Entah lah..sekarang aku cuma cari info pasal ni di internet, dan masih musykil.
Harap2 abg2 atau kakak2 yg kerja offshore ni boleh komen sikit, mcm mana nk mula dari seorang budak yg masih hisap susu dalam kerjaya Offshore..
tolong please..

Aliran Oh Aliran

Mcm tajuk diatas, adalah perkara yg amat merunsingkan aku sekarang walaupun x ambil SPM lagi.
Aku budak tingkatan 5 SMKTS Jeniang Kedah. Ambil aliran akaun, dan langsung x faham bab2 perakaunan ni..dan AdMath --'
Memang nyata jauh lari nya aliran yg aku ambil dan kerjaya yg aku impikan. Sepatutnya klau nk kerja offshore ni, aku pergi skolah voka,
baru btol, tapi ternyata aku SILAP LANGKAH, kenapa aku ambil akaun? sbb cg paksa? sbb mula2 aku fikir akaun tu senang? sbb dduk kelas depan?
Semua ni salah aku sendiri, salah besar dalam hidup aku. Kenapa aku ambil aliran yg xda kena mengena ni? maybe sebelum aku terfikir pasal kerja offshore ni.
Sekarang ni aku agak menyesal dan memang dah xkan boleh patah balik masa. Apa yg aku mampu buat adalah berusaha utk lulus SPM dan cuba apply course yg berkaitan
dengan Offshore jobs di IPT nanti. Is that POSSIBLE? aku pon x tahu..kalau possible sia-sia lah aku pecah kepala belajar akaun selama ni..tapi masa x dapat diundur lagi.
Apa2 pon aku akan try sedaya upaya aku utk capai matlamat hidup sebagai seorang BLACK GOLD DIGGER.

Kenapa Aku Taip?

Assalamualaikum,
Ini bukan kali pertama aku pegang keyboard dan log in ke blogger ni..
aku dah banyak kali menaip, tapi blog yg dulu2 cuma cerita cinta dan jiwang belaka.
Blog kali ini adalah utk perancangan masa depan aku bermula dari seorang pemegang sijil SPM.
Dulu cita2 aku memang tinggi melambung, pilot lah, itu lah, ini lah..mcm2..
tapi selepas aku discover satu kerja 'shortcut' utk buat duit dengan pantas sebelum umur 30an, iatu OFFSHORE OIL AND GAS JOBS.
Bila aku survey di internet, belajar serba sedikit, aku dah tahu hala tuju aku, aku tetap dengan keputusan aku utk pegi ke Offshore.
Apa yg menarik tntang kerja offshore ni..? aku pernah tertanya-tanya dulu..cari punya cari dalam google, rupanya pasal gaji yg MAK AI..!
Agak lumayan...eh..bukan agak dah..MEMANG LUMAYAN..dan mula lah aku terbayang mcm2 benda yg aku nk buat dengan duit tu..biasa la budak2..
Buat masa sekarang aku dah stop fikir pasal semua tu dan cuma fikir hala tuju aku ni..bermula dari SPM dan sambungan spt Dip dan higher level.

Tetapi hakikatnya dalam kepala aku...apa yg aku fikirkan, semua ini adalah utk org yg aku sayang, aku nk balas jasa diorang, mestilah mak ayah aku kan..
ini semua adalah utk kesenangan mereka nanti. Aku taknak dicop anak yg x kenang budi bila x mampu nak bagi duit bulan2 kt mak ayah aku sendiri.
Terdetik aku nk kongsi permulaan perjuangan di dunia aku ni kerana mereka...utk mereka..aku punya life second story..yg penting aku bertanggungjawab nk
sara mak ayah aku sebagaimana diorang sara aku dulu..moga dimakbulkan doa hambaMu ini Ya Allah.
Jadi, kepada pembaca yg budiman, kongsi lah apa2 yg korang nk kongsi, aku amat perlukan semua pandangan dan tips dari korang.
Dan thank you so much kepada blogger2 yg kerja Offshore, yg sudi kongsi serba sedikit tentang pengalaman kerjaya ni. Bagi aku itu satu pengetahuan yg besar utk aku memulakan segalanya di sini.
Nak type panjang2 pon xde story dah..jadi aku berhenti kt sini je..DAN terima kasih lah sudi singgah..
komen la apa2 yg bernas kt bawah tu ok.. :)

3 September 2013