Assalamualaikum,
Ini bukan kali pertama aku pegang keyboard dan log in ke blogger ni..
aku dah banyak kali menaip, tapi blog yg dulu2 cuma cerita cinta dan jiwang belaka.
Blog kali ini adalah utk perancangan masa depan aku bermula dari seorang pemegang sijil SPM.
Dulu cita2 aku memang tinggi melambung, pilot lah, itu lah, ini lah..mcm2..
tapi selepas aku discover satu kerja 'shortcut' utk buat duit dengan pantas sebelum umur 30an, iatu OFFSHORE OIL AND GAS JOBS.
Bila aku survey di internet, belajar serba sedikit, aku dah tahu hala tuju aku, aku tetap dengan keputusan aku utk pegi ke Offshore.
Apa yg menarik tntang kerja offshore ni..? aku pernah tertanya-tanya dulu..cari punya cari dalam google, rupanya pasal gaji yg MAK AI..!
Agak lumayan...eh..bukan agak dah..MEMANG LUMAYAN..dan mula lah aku terbayang mcm2 benda yg aku nk buat dengan duit tu..biasa la budak2..
Buat masa sekarang aku dah stop fikir pasal semua tu dan cuma fikir hala tuju aku ni..bermula dari SPM dan sambungan spt Dip dan higher level.
Tetapi hakikatnya dalam kepala aku...apa yg aku fikirkan, semua ini adalah utk org yg aku sayang, aku nk balas jasa diorang, mestilah mak ayah aku kan..
ini semua adalah utk kesenangan mereka nanti. Aku taknak dicop anak yg x kenang budi bila x mampu nak bagi duit bulan2 kt mak ayah aku sendiri.
Terdetik aku nk kongsi permulaan perjuangan di dunia aku ni kerana mereka...utk mereka..aku punya life second story..yg penting aku bertanggungjawab nk
sara mak ayah aku sebagaimana diorang sara aku dulu..moga dimakbulkan doa hambaMu ini Ya Allah.
Jadi, kepada pembaca yg budiman, kongsi lah apa2 yg korang nk kongsi, aku amat perlukan semua pandangan dan tips dari korang.
Dan thank you so much kepada blogger2 yg kerja Offshore, yg sudi kongsi serba sedikit tentang pengalaman kerjaya ni. Bagi aku itu satu pengetahuan yg besar utk aku memulakan segalanya di sini.
Nak type panjang2 pon xde story dah..jadi aku berhenti kt sini je..DAN terima kasih lah sudi singgah..
komen la apa2 yg bernas kt bawah tu ok.. :)
3 September 2013
No comments:
Post a Comment